.:: "Out of the way, kid" gertak seorang budak kepada saya sewaktu menuruni tangga di sekolah. Dia menolak saya ke tepi. Fuh! Nasib baik tak jatuh. Saya menggamati kelibat budak itu. Nampak gaya macam budak 11-12 tahun. Hmm....
.:: Satu hari, saya mengamati rencana di satu laman web akhbar Malaysia. "Ibu bapa di Britain takut untuk menegur anak mereka sendiri", begitulah lebih kurang bunyinya irama dari satu keratan dari rencana tersebut. Oh, patutlah begitu tinggi kebejatan moral dalam kalangan muda-mudi Britain. United Kingdom mengalami masalah sosial yang serius. Malahan Britain juga merupakan negara paling teruk di Eropah dalam gejala Sosial.
.:: Setiap hari ke sekolah, saya mengamati tindak-tanduk pelajarnya di sini. Wah-wah, bukan main lagi! Ada dalam kalangan mereka yang sanggup membaling pen ke muka guru apabila ditegur untuk berhenti daripada bising. Ada yang sanggup menarik rambut seorang guru wanita sewaktu guru tersebut sedang meleraikan satu pergaduhan. Semua pelajar yang memerhatikan peristiwa tersebut langsung tidak menghulurkan tangan untuk membantu guru tersebut! Britain memang mempunyai masalah Sosial yang serius sehinggakan Kerajaan Britain terpaksa menghantar berpuluh-puluh orang "Supernannies" bagi membantu menyelesaikan masalah sosial ke seluruh Britain melalui kaedah Psikologi.
.:: Apakah punca kebejatan sosial ini? Jika dibandingkan mereka dengan pelajar-pelajar Muslim, saya medapati rata-rata pelajar Muslim mempunyai sahsiah yang lebih baik. Ya, mungkin sekurang-kurangnya masih ada rasa hormat terhadap guru. Kenapa? Hal ini kerana keluarga Muslim mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar Islam. Diajar tentang keberadaan si Dia. Semakin mendalam pengetahuan seorang remaja tentang Ma'rifatullah, semakin jauh dia dari sikap-sikap Mazmumah. Lihatlah para sahabat yang ditarbiyah Rasulullah S.A.W. mengenai Ma'rifatullah. Maka, lahirlah insan yang dikenali sikap takut kepada Allah yakni Saidina Abu Bakar r.a..
.:: Maka, inilah apa yang dianjurkan oleh Islam sebagai Deen atau cara hidup yang lengkap lagi menyeluruh. Dari institusi kekeluargaan hinggalah ke adab-adab makan, dari institusi kerajaan hinggalah psikologi individu, Islam mencakupi segala aspek kehidupan. Namun, malangnya, mungkin berpunca dari kurangnya kefahaman dan kesedaran yang mendalam terhadap Islam, rata-rata muda-mudi Islam hari ini, bukan di Malaysia sahaja bahkan Umat Islam terutamanya dalam kalangan muda-mudi Muslim di seluruh dunia mula meninggalkan prinsip-prinsip yang dianjurkan oleh Islam. Lihat sahaja krisis identiti yang melanda remaja Muslim Pakistan di Britain. Mereka terkeliru antara identiti Muslim mereka dengan cara hidup Jahilliyah di Britain. Lihat jugalah muda-mudi di Malaysia, dengan Punknya, dengan Black Metalnya, maka tidak hairanlah apa yang dipaparkan oleh Edisi Siasat di nTV7 yang berkaitan Malam Merdeka. Padahal, asSyeikh Yusuf alQaradhawi pernah menyatakan, "Barangsiapa yang hendak melihat sesebuah negara, maka lihatlah remajanya pada hari ini". Maka, persoalannya disini, jikalau rata-rata muda-mudi negara itu leka dan alpa dengan duniawi yang serba materialistik dan individulistik ini, sibuk dengan penularan budaya-budaya sonsang dari Barat, apakah kita bayangkan nasib negara tersebut di masa hadapan?. Padahal negara itu tidak lain dan tidak bukan senasib dengan apa yang berlaku negara Malaysia hari ini.

.:: Kekurangannya mungkin terletak di Sistem Pendidikan hari ini yang tidak mengetengahkan Kefahaman Islam yang mendalam terhadap para pelajar. Namun begitu, masalah ini tidak seharusnya ditunding ke mana-mana pihak. Semua golongan tak kiralah pihak kerajaan, golongan masyarakat, pihak sekolah, ibu bapa dan remaja sendiri perlu bahu-membahu mengembleng tenaga bagi membendung kebejatan Sosial yang kian menular dan bermaharajalela di kalangan Belia di seantero negara. Jika perkara ini di pandang enteng oleh semua pihak, maka tidak mustahil program IFC tajaan Kufar akan berjaya terlaksana di Malaysia. Seharusnya kita mengambil iktibar dari peristiwa Tsunami yang melanda sebagai kesedaran untuk memulihkan situasi di tanah air yang kian pincang dek hilangnya Iman dan Islam dari qalbu dan jiwa anak-anak muda hari ini. Tanggungjawab menterjemahkan kembali the pure Islam terletak di bahu semua pihak. Hal ini bagi menghumban ideologi-ideologi sesat yang bertopengkan Islam seperti fahaman Islam Liberal dan fahaman Islam Plural jauh dari jiwa masyarakat. Maka, jika semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing, tidak mustahil akan wujud Masyarakat Minda Kelas Pertama dalam kalangan masyarakat seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri...

No Response to "Realiti Masyarakat Sejagat..."
Post a Comment