Wednesday, December 20, 2006

Result PMR keluar 28 Disember...

0
-->
Am
19 Disember, 2006 16:53 PM

Keputusan PMR 2006 Diumum 28 Dis
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan pada 28 Dis depan, menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Selasa.Pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Ahamad Sipon akan mengumumkan analisis keseluruhan keputusan PMR pada persidangan akhbar sehari selepas itu.Seramai 448,324 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dengan 93.7 peratus (420,177) dari sekolah bantuan penuh kerajaan.Sebanyak 0.7 peratus (2,894) adalah calon Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Perantis Tentera manakala 2.4 peratus (10,766) dari sekolah agama tadbiran kerajaan negeri.Sementara itu, 2.6 peratus (11,774) calon dari sekolah swasta, 0.2 peratus (1,110) calon persendirian perseorangan dan 0.4 peratus (1,603) calon sekolah agama rakyat.-- BERNAMA

Monday, December 18, 2006

2006 terbenam, terbitlah pula 2007

0
Sinar mentari memancar terik di pagi itu,
Tanda terbenamnya sudah tahun 2006...

Kokokan Jaguh si ayam Jantan,
Simbol terbitnya dia si 2007...

Kicauan burung menyambut kehadirannya,
Embun pagi menangisi perginya 2006...

Terkandung pelbagai nostalgia,
Tanda umur kita yang kian pendek...

2007 membuka tirai,
2006 berlalu pergi,
Tinggallah 1001 nostalgia,
Subur tersemai di dalam qalbu...

Namun,
365 Hari itu,
Sejauh mana kita beramal?
Setakat mana kita bermujahadah?
Kian meningkat usia,
tanda kian dekatnya kita dengan MATI...

Kalau usia habis sia-sia,
Apa masih ada bekal,
untuk bertemu, menghadap,
Dia Yang Maha Esa?

Kukira jawapannya hanya diri kita yang tahu,
Sementara masa masih ada,
bersama kita menyelamatkan diri,
Sebelum diri dijemput Izrail untuk ke Sana...

Thursday, December 07, 2006

The Unity of Islam...

0
Dari selok-belok lorong nan gelap-gelita di Belfast, Ireland
hinggalah ke panas terik Gurun Sahara, Libya.
Dari kilauan pantai di Malé, Maldives
hinggalah ke kesibukan Kota Raya New York.
Dari celah-celah bandar Peshwar, Pakistan
hinggalah ke kampung-kampung di Tanjung Tokong, Malaysia.
Dari kesejukan kota Moscow, Russia
hingga ke lereng-lerang banjaran gunung-ganang di Tora Bora, Afghanistan.
Dari banjaran tropika di Pulau Jawa, Indonesia
hinggalah ke Semenanjung Sinai, Palestin.
Dari lembahan sungai Nil, Mesir
hinggalah ke kemegahan metropolis Dubai.
Segenap penjuru di pentas dunia.
Meliputi seantero alam,
Muslim terdapat di merata-rata.
Islam menyatukan kita,
manusia sejagat.

Namun kini,
Umat Islam berpecah-belah,
sedangkan Kufar bersatu
menghancurkan kita.
Ramai saudara terjerumus ke Lembah Murtad.
Dek Ghazwul Fikri tajaan Barat.
Muslim alpa.
Islam terhijab.
Tanpa Tarbiyah, ke manakah kita?
Tanpa Dakwah, tak kemana lah kita...

Wujudnya Insan untuk si Dia.
Bukan kerna Dunia,
yang hanya sementara.
Hidup ini laksana embun.
Terbitnya sang Suria, hilanglah ia.
Jika begitu prinsip hidup kita,
apa guna,
dunia Gembira, di akhirat Merana?

Justeru sahabat,
duhai teman,
Dakwah dan Tarbiyah jadikan sandaran,
Quran Sunnah jadi Pegangan,
Jangan sekali lupakan Tuhan,
Nescaya hidup aman,
akhirat pun tenteram...