Monday, February 05, 2007

VERSI BAHASA MELAYU

Bismillahi Rahmani Rahiim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wasalati Wasalamu ‘Ala Asyrafil Anbiya iwal Mursalin, wa ‘Ala Alihi Wasahbihi Ajma’in….

Rabbil Syrohli Sadri, Wayars Sirli ‘Amri, Wahlul ‘Uqdatan mil Lisani Wafqahu Qauli

Hamma ba’d

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sahabat-sahabat, sahibah-sahibah, warga Matri sekalian,

Pertama-tamanya marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya yang tiada titik noktah, dapat lagi kita semua dipertemukan oleh Allah Azza Wa Jalla dalam lembayung Dakwah dan Tarbiyah, dalam naungan suci Ukhawah Fillah (walaupun bukanlah kita dipertemukan secara fizikal and visual), namun sudah cukuplah sekadar pertemuan melalui tinta dan pena.

InsyaAllah, apa yang ana hendak mempertengahkan pada artikel ana kali ini ialah:

KEMPEN REVOLUSI AKHLAK MATRI

Dalam meredah kehidupan yang penuh pancaroba ini, yang tidak pernah sepi dari cabaran ini, tidak dinafikan terlalu banyak godaan-godaan dan tarikan-tarikan duniawi yang menjurus kepada lemahnya iman dan menggeledaknya nafsu. Jiwa kita seakan-akan mahu terjun ke dalam Nikmat dunia. Hati kita bagaikan tidak sabar-sabar untuk menikmati tarikan-tarikan itu. Wanita, harta dan kuasa adalah seakan-akan satu bentuk kuasa yang boleh mendorong kepada kebaikan namun pada masa yang sama boleh menjurus kepada kemungkaran. Maka, tanpa Iman yang kukuh dan hanya senipis kulit bawang, kita dengan mudah akan bergelumang dengan kemungkaran.
Maka terbuktilah formula syaitan untuk mengheret anak-anak Adam ke Jahanam yakni:

Satu mungkar = Satu titik hitam dalam hati

Formula ini akan menghakis iman dalam qalbu ...

(bersambung)...

No Response to " "