Saturday, March 31, 2007

Menghayati Perjuangan Baginda: Generasi itu telah datang...

2
~Salam 'Alaika ya Rasulullah~

12 Rabi'ul Awal menjelma lagi ...
Hari lahirnya baginda Rasulullah S.AW. yang kita semua cintai. Usaha Tarbiyah dan Dakwah baginda kekal sepanjang zaman. Islam yang dibawa dijunjung sekalian umat Islam. 1428 tahun sudah berlalu. Dakwah baginda menjejaki dari Timur ke Barat. Dari Metropolitan New York hinggalah Padang Pasir membara di Makkah Mukarramah, Islam bermaharajalela di dunia. Hakikatnya, apa yang ternilai bukanlah angka 1 Bilion manusia, tetapi apa yang terkira adalah Iman di dalam hati ini.

Suara Islam mula bergema di penjuru dunia. Oh! Generasi itu telah datang. Di Paris dan London, gelombang tudung mencabar Sekularis dan Atheis yang merudum. Di kota Islam, Islambol, Islam kian megah dipaparkan. Di Andalusia, Sepanyol kempen reConquista barat malaplah sudah. Di Moscow, Rusia, kaum Muslimin mencatat kegemilangan. Islam rule!!! Di China sana, Muslimin penjana ekonomi. Cina Muslim mendominasi sosio-ekonomi. Di Midanao, jiran kita, merdeka buat Muslimin kian cerah. Begitu juga kaum Melayu di selatan tanah Siam. Di, Asia Tengah sana, Iran pula menunjukkan taringnya. Memprovokasi barat untuk mentelagah dengannya. Di Amerika Latin pula, Hispanik pula menerima cahaya. Islam di mana-mana. Seruan Hidayah merata-rata.


Namun saudara-saudara, saudari-saudari sekalian...
Apa dijangka bukanlah seindah itu. Perjalanan Iman adalah perkara sendiri. Apa gunanya angka 1 bilion itu jika imej kita jelek di mata Islam? Apa guna berbangga dengan syiar Islam sahaja, tatkala proses Dzikratullah wa Dzikratul Maut malap? Jemaah sana sini, namun bertelagah sesama sendirik. Sufi, Khalaf dan Salaf, Sunni dan Syiah janganlah berkelahi. Hasan alBanna pernah menyatakan, "Kenapa bertelegah sesama sendirik, padahal perpaduan sesama Muslim adalah kewajiban yang MESTI". Masakan Islam nak mendominasi kalau Muslim berpecah belah menaikkkan Islam, sebaliknya Kaum Kafirin, Fasiqin dan Munafiqin bersatu menjatuhkan Islam. Pertelagahan Sunni-Syiah, Sunni-Syiah menjadik bukti. Tatkala IFC teguh berdiri. Oh! Ruginya andaikata kita bertelegah... Andaikata Rasulullah bangkit di kala ini, SIAPA yang berani memberitakan kondisi Muslimin yang menyedihkan ini? Siapa yang berani mencalarkan hari suci sang Nabi cintaan Islahi? Na'uzubillahi min zalik...

"Pernah berlaku pertemuan mereka yang mempunyai haluan Islam iaitu Jamaah Anshor al-Sunnah al-Muhammadiyah, al-Jam'iyyah al-Syar'ieyah dan al-Ikhwan al-Muslimun. Semuanya menyertai aktiviti sesama mereka. Setiap mereka mengambil faedah daripada kelebihan yang lain. Mereka mengambil aqidah daripada jamaah Anshor al-Sunnah, perlakuan berdasarkan Sunnah dan gambaran Islam daripada al-Jam'iyyah al-Syar'ieyah dan mengambil tentang kesyumulan Islam dan pemikiran tamadunnya daripada al-Ikhwan al-Muslimun."

Sidang sahabat sekalian, Dunia ini bukan setakat angka. Oh, tidak! Dunia ini jauh lebih luas dari kita sangka. Jauh lebih indah. Jauh lebih mengkagumkan. Memiliki dunia perlu didahului dengan menakluki hati.

Hidup ini HAMBAR tanpa Iman.
Iman TAK LENGKAP tanpa Akal.
Akal LESU tanpa Ilmu.
Ilmu LAPUK tanpa AMAL.
Amal TAK CUKUP tanpa Istiqomah.

"Islam bukanlah cita-cita mahupun angan-angan. Iman adalah apa yang tersemat di dalam kalbu dan tersemai melalui 'Amal" [...]

Sabda Nabi, Qur'an dan Sunnah adalah Sumber Cahaya. Tanpanya, takkan kita sesat selamanya. Qur'an dan Sunnah bukan sebarangan. Ia adalah Aset. Aset yang tak terhingga nilainya.
Qur'an dan Sunnah ...
calms your heart,
opens your mind,
sweetens your life,
entertains your soul...


Hidup ini Laksana Embun. Terbitnya Sang Suria, keringlah ia.
SOALnya - bersediakah kita?

Rasulullah hadir laksana cahaya - petunjuk jalan kebenaran.
SOALnya - sudah eskploitasi semaksimamungkinkah kita?

Ya Rasulullah, maafkan kami atas keterlekaan kami. Maafkan kami atas pertelingkahan kami. Maafkan kami atas mencalarkan harimu. Ya Allah, jauhi kami dari AzabMu yang pedih. Dekatkanlah kami dengan SyurgaMu. Jauhi kami dari NerakaMu. Amin ya Rabbal 'Alamin...

"Telah bersabda Rasulullah saw: "Ada dua nikmat yang membuat banyak orang tertipu, iaitu waktu sihat dan waktu lapang," – (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah).

2 Response to Menghayati Perjuangan Baginda: Generasi itu telah datang...

4/01/2007 9:56 AM

Assalamualaikum. jika cintakan Nabi ikutilah dan contohilah ciri-2 akhlak baginda. Yang paling menonjol ialah baguinda TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA..
Salam Maulidur Rasul ya akhi..

4/23/2007 6:19 AM

"Berusahalah mencapai tahap (akhlaq) Muhammad SAW, kerana jalan yang benar dalam hidup adalah mengikuti jejak langkah Rasul. Jika kamu gagal menjurus ke tahapnya, maka kesemuanya adalah kepalsuan dan keingkaran belaka." (Dr. Muhammad Iqbal)