Monday, April 30, 2007

Persediaan ke IPT Perlu Bermula sejak Tingkatan 4

0
4 Science Solehuddin, MATRI Perlis

Intro


Kerap kali kita terdengar desas-desus yang mengganggap pengajian di Tingatan 4 sebagai waktu rehat & relax selepas PMR. Ramai yang bertindak mengabaikan study sehingga terganggu prestasi. Tidak kurang juga ramai yang bertindak tidak menumpukan perhatian sewaktu kelas dan sebaliknya berehat dan bermain sehingga melupakan pembelajaran. Hal ini membimbangkan kerana tiada konsep rehat dalam sistem pembelajaran hari ini. Ironinya, konsep de facto Pembelajaran di Malaysia mutakhir ini sebenarnya semakin tua, semakin padat. Tambahan pula silibus pelajaran sekarang hakikatnya exam-based/exam-oriented. Tidak wajar juga andaikata kita terlalu menumpukan dalam usaha-usaha melaksanakan program sehingga mengabaikan study. Cara yang terbaik adalah time management. Bahagikan masa serelevan mungkin kerana itulah yang terbaik.

3 Bahagian Umum

Terdapat 3 bahagian perkara yang perlu diambil perhatian oleh para pelajar.



1. Akademik/Kurikulum - akademik amatlah penting dalam rangka untuk score dalam SPM. Tanpa penumpuan khusus dalam pengajian, para pelajar amat payah untuk faham dan cacth up dalam study. Terdapat pelbagai formula, teknik dan strategi belajar di dalam buku-buku, cumanya, hanya kita - para pelajar yang dapat menentukan sama ada ingin berusaha atau tidak.

[i] Situasi
Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, pencapaian akademik amat dititikberat untuk memasuki ke IPT. Andaikata anda memperoleh percapaian akademik yang rendah dalam SPM, kemungkinan untuk ke IPT agak tipis. Hal ini kerana, keutamaan lebih diberikan kepada golongan yang lebih baik dari segi akademik. Antara sebab ramai para pelajar yang bertindak mengambil banyak subjek dalam SPM ialah kerana persaingan sengit untuk mendapatkan biasiswa ke luar negara.

[ii] Piority/Keutamaan
Memandangkan situasi kritikal yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia, ada yang berpendapat SPM adalah peperiksaan awam yang paling penting sekali. Terdapat 3 Aliran umum dalam sistem pendidikan untuk SPM sekarang.
-Aliran Akademik yang lazimnya lebih sengit persaingan untuk ke IPT.
-Aliran Agama yang selalunya akan meneruskan pengajian dalam pengajian agama.
-Aliran Vokasional yang lebih menjurus kepada kemahiran-kemahiran hidup dan vokasional.

Justeru, para pelajar tingkatan 4 haruslah mengambil perhatian bidang mana yang mahu diceburi. Andaikata berminat dalam akademik, maka bidang mana yang lebih spesifik perlu diambil perhatian. Katakan si Fulan bin si Fulan mahukan akademik, tetapkanlah bidang yang lebih spesifik. Misalnya, jika si Fulan mahu meneruskan ke bidang kedoktoran maka dia perlu ke aliran Sains kerana Aliran Sains ada menyediakan subjek-subjek yang perlu diambil untuk kedoktoran misalnya Biology. Justeru, penetapan visi perlu dimulakan dari tingkatan 4 lagi.


2. Ko-Kokurikulum – Satu bidang yang seringkali dipandang enteng oleh kalangan pelajar ialah ko-kurikulum. Ko-Kurikulum berperanan membantu para pelajar untuk lebih bersedia sebelum berangkat ke alam IPT. Soft-skill misalnya hanya dapat dipupuk andaikata kita terlibat dalam syarahan, pidato dan debat. Soft-skill ini amat penting tak kiralah dalam interview kerja, soal dakwah dan tarbiyah dan juga dalam menangani liku-liku hidup. Sukan pula bertindak membantu dari segi jasmani dan kesihatan.


3. Tarbiyah – Malangnya hari ini, sistem pendidikan yang ada kurang sekali mempertengahkan Tarbiyah. Tarbiyah dalam Bahasa Melayunya pendidikan berperanan dalam membasmi masalah yang berkaitan dengan jiwa manusia. Hal ini meliputi masalah akhlak, masalah psikologi dan sebagainya. Andaikata tiadanya Tarbiyah dalam jiwa, Jikalau tiada pengasuhan moral dalam diri manusia, amat mudah sekali cultural shock di IPT mempengaruhi minda para pelajar. Situasi di IPT jika dilihat amat parah sekali. Amalan sex bebas yang secara luasnya diamalkan jarang sekali dibendung atas nama hak individu. Hanya tarbiyah sahajalah yang dapat membantu menangani krisis ini. Enigma sosial yang bermaharajalela di IPT hanya dapat ditundukkan dengan asuhan/pendidikan/tarbiyah Deen-ul-Islam. Itulah hakikat sebenarnya yang seringkali dipandang enteng oleh golongan masyarakat mutakhir kini.

TAMSILAN - Perbandingan Sistem Peperiksaan di Malaysia dan UK untuk subjek Matematik


Jikalau Tingkatan Atas di Malaysia untuk SPM merangkumi Tingkatan 4 dan 5, di UK, Key Stage 4 merangkumi year 10 dan year 11. Para pelajar tingkatan 5 akan menduduki SPM manakala pelajar year 11 di UK mengambil GCSE. Dalam Matematik, seperti yang kita sedia maklum 100% Markah untuk peperiksaan Matematik diambilkira sewaktu hari peperiksaan subjek Matematik SPM tersebut. Berlainan pula di UK. Silibus Matematik di UK terbahagi kepada 3 modul. Modul 1, 3 dan 5. Modul 1 merangkumi modul-modul asas seperti probability dan sebagainya yang kurang melibatkan angka. Peperiksaan untuk Modul 1 merangkumi 11% dari markah keseluruhan dan diambil di awal semester pembelajaran sewaktu year 10 iaitu pada bulan November-Disember (Sesi Pembelajaran di UK bermula pada bulan September. Malaysia bermula pada Januari). 10% lagi melibatkan coursework - satu portfolio bertulis yang melibatkan kira-kira. Coursework itu perlu disiapkan untuk sepanjang year 10. Module 3 melibatkan angka dan sedikit algebra. Peperiksaan untuk Module 3 diambil di akhir year 10 dan merangkumi 19% dari markah keseluruhan GCSE. Seandainya ada yang kurang berjaya atau kurang berpuas hati, mereka dibenarkan untuk resit (ambil semula peperiksaan) dan ini hanya dibolehkan untuk Module 1 dan 3 sahaja. Selepas itu, untuk sepanjang year 11, satu lagi coursework yang melibatkan 10% lagi. Module 5 diajar sewaktu year 11. Merangkumi angka yang lebih rumit seperti quadratic expressions dan sebagainya. Diambil sewaktu hari peperiksaan GCSE, markah yang dicapai pada hari tersebut hanya merangkumi 50% sahaja. Konklusinya, Peperiksaan GCSE tidak 100% mempengaruhi penilaian keseluruhan keputusan.

No Response to "Persediaan ke IPT Perlu Bermula sejak Tingkatan 4"