Misi dan MatlamatMencuntas soal Human Capital ataupun Modal Insan menerusi perspektif Dakwah dan Tarbiyah, seharusnya kita meneropong Misi dan Matlamatnya. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat", menandakan tanggungjawab kita menyebarkan sayap risalah Islam ke umat manusia sejagat. Misi kita sebagai seorang Muslim yakni menyampaikan Islam dalam kalangan kaum Kufar adalah satu misi suci demi mencapai redhaNya Yang Maha Esa...
Mutakhir kini, (bukan sengaja saya menyentuh hal-hal dalaman sosial Negara, namun terpaksa) sememangnya Malaysia kekurangan figure glokal yang dapat mengaspirasikan pemuda pemudi Negara untuk bergerak memajukan sosia-ekonomi Ummah. Sudah jelek saya mendengar pemuda pemudi dari Akademi Fantasia dijadikan figure role-model belia Ummah. Kekosongan tempat figure universal di negara ini berpunca dari kekurangan latihan soft-skill dan kegersangan modal insan yang meruncing dalam kalangan muda-mudi di negara ini...
Sistem Pendidikan Sekular Malaysia & United Kingdom: Satu Perbandingan
Saya sendiri pernah menjalani sistem pendidikan Sekular di Malaysia ketika di sekolah rendah yakni sebuah sekolah di Alor Star dan sebuah lagi di Yan, Kedah selama 6 tahun. Seingat saya jarang sekali pelajar diberi peluang untuk berbicara di khalayak ramai. Hanya individu tertentu sahaja (misalnya, Ketua Pelajar) yang diberi peluang untuk menjadi wakil sekolah dalam syarahan dan sebagainya. Mereka ini dipilih oleh guru-guru dan hampir tidak wujud pertandingan dalam sekolah bagi memilih calon-calon wakil sekolah dalam pertandingan tertentu. Maknanya, seandainya ada pelajar yang memiliki bakat yang terpendam, maka ia terpendam begitu sahaja sehingga sekolah menengah malah sehingga ke IPT! Bayangkanlah saudara, Berapa banyak bakat-bakat terpendam yang hilang dek kelemahan sistem pendidikan. Semuanya hanyut dengan dendangan hiburan. Hilang dek dihujani kemewahan yang tak bertempat dan sebagainya. Janganlah kita terlalu Narsisistik/paranoid dengan kemajuan sistem pendidikan negara yang sebenarnya tidaklah begitu hebat padahal hasil yang dikeluarkan bukanlah mengkagumkan seperti yang diuar-uarkan....

Tahukah saudara/i bahawa di UK, pelajar digalakkan untuk menyerlahkan bakat-bakat masing-masing. Pengalaman saya sendiri, pernah sekali selama 3 minggu berturut-turut dalam perhimpunan, Headteacher (yang jarang muncul sewaktu perhimpunan kerana seringkali sibuk meninjau keadaan sekolah) menyeru dan menegaskan agar para pelajar beritahu apa yang mereka ada. Tonjolkan bakat-bakat yang terpendam. Katanya,
"For each and everyone of you, if you have certain skills or particular talents, express it! Never hide it. Let us know it. If you have art talent, never bother to tell us. Remember, we always cared."
Sumber ilmu mereka amat terbuka secara meluas. Perpustakaan amat berfungsi semaksimanya. Saya misalnya terpilih menjadi ketua Skim ICT Sekolah yang dikenali sebagai *Benfield Excellence in Students Team (BEST Scheme) yang mengambil pelajar-pelajar yang mempunyai bakat-bakat yang menonjol untuk diasah menjadi lebih baik. BEST Scheme bukan sahaja melibatkan ICT, ia melibatkan sukan juga. Tamsilannya, Badminton, Bola Sepak dan sebagainya. Disamping BEST Scheme, Kelab-kelab dan persatuan turut menggalakkan para pelajar untuk mendaftarkan diri. Guru-guru amat meneliti prestasi pelajar masing-masing. Mereka meneliti dan membuat laporan yang terperinci untuk SETIAP PELAJAR DALAM SETIAP SUBJEK SEPANJANG TAHUN OLEH SETIAP GURU yang mengajar pelajar tersebut. Laporan itu pula diperincikan oleh Guru Kelas selama beberapa minggu dan diserahkan kepada Year Manager yang bertanggungjawab untuk satu-satu tingkatan untuk diperincikan lagi. Laporan itu pula akan dilihat dan diselia oleh Headteacher sebelum diserahkan kepada ibubapa untuk dilihat. Lihat? Sekolah amat enthusiastic, keen and determined about the students' performances. Selain itu, konsep carrot and stick. Jika bagus, dibalas imbuhan. Jika culas, diberi hukuman. Kenapa kita tidak mengamalkan sistem ini padahal Islam lah yang memperkenalkan sistem ini dahulu sewaktu datangnya Islam ke Andalusia dahulu?
Muhasabah
Okey, back to the point...
Dalam usaha D&T, antara kunci-kunci kejayaan adalah keyakinan. Keyakinan adalah kunci dalam menundukkan hati yang keras. Keyakinan atau dalam bahasa Inggerisnya confidence adalah modal insan yang PERLU ada dalam setiap manusia. Bayangkan hidup kalau dalam ketidakyakinan. Sudah pasti jadi haru-biru jadinya. Kebenaran tak dapat ditegakkan lantaran sikap bacul. Justeru, saya menyeru kita semua, tampillah kehadapan membentangkan kebenaran. Majulah setapak dengan menundukan emosi bacul. Sedarilah ... YAKIN hanya dapat dipupuk dengan cabaran.

Menginterprestasi Konklusi
PIDATO ... SYARAHAN ... DEBAT ... CERAMAH ...
dan sebagainya ...
SOALnya ... Nak ke Tak Nak sahaja ...
kalau MAHU ... beruntunglah kalian ...
Marilah membentuk akhlak yang Unggul. Bersama menjana cahaya karisma dan kaliber dalam jiwa masing-masing. Kelesuan Dakwah di IPT berpunca dari ketiadaan sifat YAKIN dan kegersangan Modal Insan dek tiadanya soft-skill yang terlatih. Justeru, bagaimana hendak mengubah sistem andaikata hendak bersuara pun tak YAKIN? Saya cabar saudara untuk mencabar diri sendiri ... Melangkahlah ke hadapan! [...]
=============================
*Video: BEST Scheme ...
High Quality (4.8Mb)
Low Quality (1,058Mb)


4 Response to Human Capital & Soft-Skill: Perspektif Sistem Pendidikan
Assalamualaikum, tak tau pulak sistem BARAT lebih menekankan POTENSI seseorang. Satu benda baru bagi ana ni.
Betul cakap anta, KEYAKINAN amat penting dalam kehidupan. Ana sendiri ke arah itu..InsyaAllah.
ya, betul ... tapi ... sistem itu datangnya dari Islam jua. Ummatnya yang terlepas pendang untuk mengeksploitasikannya...
mmm...bila tengok 'public figure' aka artis2 muda dalam AF...rasa macam pelik dan kagum sedikit....they look confidence in front of others ..projecting themselves ....showing their talents although.....(taklah sehebat mana pun)...in addition i think their actions are not significant from the eyes of ALLAh...
mmmmm...confidence can be developed!
how can we people who do good deeds but still feel scared???not confident...we better start from now...(especially myself)
tell to ourselves to be confident...and spread the 'aura' to our children and people around...humble opinion from me...fiamanillah
Tahniah! Anda telah berkata benar dan membangkitkan syi'ar.
Post a Comment