Saturday, April 21, 2007

Kadangkala Kalah, Kangkala Menang...?

0
Lama sudah tak saya bertulis di blog ini. Maknanya, saya ada masalah Istiqomah yang perlu diselesaikan!

*****


Intro

Saya percaya setiap seorang dalam kalangan kita di kala bangku sekolah pernah terlibat dalam mana-mana pertandingan. Mana tahu? Mungkin anda pernah libatkan diri dalam syarahan. Mungkin kawad kaki. Mungkin juga choir! Dalam soal dakwah, hendak tackle hati mad'u juga pertandingan. Bukan tackle apa, tackle hati... tackle hati untuk dia faham akan Islam. Paling kurang, melawan nafsu juga ada pertandingan. Misalnya, Fulan ibn si Fulan berazam, "Nak diet ke tidak?". Esoknya kalah di nun di penjuru kedai roti canai. 3-4 keping habis disantal. Bercakap soal pertandingan, adatnya pasti ada yang kalah dan semestinya ada yang menang. Ya, benar ... seri pun ada. Tapi andaikata kita teliti pasti ada lebih dan kurangnya, bukan?

Jom, Bertanding!

Kenapa kita bertanding? Apa tujuannya? Silakan berfikir...

Sudah?

Fuh... Kalau saya, saya bertanding untuk mengetahui percapaian sendiri. Sejauh mana saya capai. Setakat mana saya boleh melakukan sesuatu perkara. Andaikata saya kalah, maknanya masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Jikalau saya menang, Alhamdulillah. (Menang bukan manakatanya kita ini dah finish...). Ada satu kata hikmat dalam bahasa, "You're not finish when you lose. You're finish when you stopped." - Awak masih belum selesai bilamana anda kalah. Anda selesai bila anda berhenti. (atau dalam konteks saya ... mati!). Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri, tamsilannya, pernah menyatakan, (yang lebih kurangnya begini - saya pun kurang pasti - maaf), "Andaikata esok kiamat, dan di tanganmu ada sebiji binih, maka tanamlah benih itu".

Lihat? Berkerja selagi hayat dikandung badan. Itulah prinsip yang menjadi tonggak orang-orang yang hebat mindanya. Kalangan-kalangan yang Genius. Seruan "Ummati! Ummati! Ummati!" Rasulullah di hujung hayatnya menandakan portfolio Baginda tak berakhir meskipun di saat-saat akhir hidup Baginda.


"Great ideas originate in the muscles." - Thomas Edison

Aduh, Cabaran!


Hmmm... nak melaksanakan sesuatu perkara bukanlah mudah. Ada risikonya. Setiap kerja yang kita buat pasti ada benda yang kita kena terpaksa korbankan. Bak kata pujangga, "Charity is the father of sacrifice". Jadikan pengorbanan kita sebagai cabaran. Mehnah dan tribulasi yang kita tempuhi inilah yang membantu jatidiri kita. Hakikatnya, cabaranlah yang sebenarnya mendewasakan kita. No pain, no gain bak kata orang. Cumanya, sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi cabaran itu. Allah tak akan menghukum kita dengan ujian yang terlampau berat. Firman Allah SWT dalam alQur'an, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)

Konklusi ~ Aplikasi Konsep dalam Hidup



"Competition is a by-product of productive work, not its goal. A creative man is motivated by the desire to achieve, not by the desire to beat others." - Ayn Rand (1905-1982)
Kita seharusnya bertanding untuk peningkatan prestasi individu. Kita bertanding untuk mengenali diri. Tidak dinafikan dalam sesuatu pertandingan ada kalahnya, ada menangnya. Andaikata kalah ... itu sebagai semboyan untuk kita bermuhasabah diri. Seandainya menang, itu tak bermakna sudah sampai titik noktahnya jihad kita. "Agi Idup, Agi Ngelaban" - Selagi Hidup, Selagi itulah kita berjuang - sahut perwira bumi Borneo. Mehnah dan tribulasi (cabaran) yang melanda jadikan sebagai sumber. Sumber peningkatan prestasi diri. Mudah-mudahan, Allah SWT memudahkan kita dalam pertandingan hidup kita ini - Berjuang untuk redhaNya.

No Response to "Kadangkala Kalah, Kangkala Menang...?"