Tuesday, December 18, 2007

PeWARIS 3 | Leaders Reborn!

3
Generasi PeWARIS


UNIK. PeWARIS 3 cukup-cukup unik.
PeWARIS 3 melahirkan satu revolusi gemilang ~
"Sudah sampai masanya kami mewarisi kerja-kerja Dakwah dan Tarbiyah ini."

Meskipun mas'uliyyah (tanggungjawab) ini cukup-cukup berat dan diberi tanpa dipinta pun, tapi, hakikatnya jalan ini adalah satu-satunya jalan yang terdekat menujuNya. Bangga tapi gusar tapi yakin, bahawa Allah S.W.T. akan terus memberi taufiq dan hidayahNya kepada insan-insan yang Dia mahukan kebaikan.

ﻭﻣﻦ ﻳﺮﻳﺪ ﷲ ﺧﻴﺮﺍ ,ﻭﻟﻦ ﻳﻔﻜﺢ ﻓﻰ ﺍﻟﺪﻳﻦ

"Barangsiapa yang Allah mahukan dia akan kebaikan, akan diberi ia kefahaman tentang Deen"

PeWARIS 3 memberi kesan yang mendalam kepada para peserta. Betapa harusnya, barisan pewaris kepimpinan ...
[] Sedar akan realiti masyarakat yang parah dengan kemelut jahiliah.
[] Faham akan usul wa uslub dakwah dan ancaman-ancaman terhadap proses Tarbiyah.
[] Amal akan segala yang difahami.
[] Istiqomah terhadap apa yang diamalkan.
[] Tawakkal Ilallah dan Yakin akan amal yang dilakukan.

PeWARIS 3 membuka minda peserta akan harapan generasi yang telah lama berkecimpung dalam arena Dakwah ini akan para peserta selaku gagasan darah-darah baharu atau bunga-bunga mekar seperti yang dinyatakan oleh Sayyid Qutb. Harapan nan jelas dan menjulang tinggi sejajar dengan proses yang kita lalui dan waqi' (realiti) yang kita hadapi.

PeWARIS 3 menyentuh hati bahkan meyakinkan peserta akan pentingnya ukhwah yang terjalin sebagai salah satu dari dua asas dalam Islam. Kami ditekankan akan pentingnya interaksi antara dua generasi ini - agar saling faham memahami, turunnya ilmu, fikrah dan pengalaman dalam medan ini - supaya sempurnalah kombinasi antara dua generasi yang bersama menggembleng sinergi dan energi menjana bahkan memacu kegemilangan ummah.

PeWARIS 3 merubah minda peserta dan mencanai pemikiran peserta untuk menyedari sudah tiba masanya kami untuk melangkah masuk dalam medan berkerja yang luas dan tiada titik noktahnya ~ melahir pemimpin, merubah masyarakat dan sedar kepincangan yang berlaku hanyalah gerhana yang melindungi mentari dari menyimbah sinarnya, dan janji Allah - Islam akan kembali pulang bahkan gemilang.

*****

Generasi ini generasi Ghuraba',
Meredah arus kesesatan,
Melempari pelampung - menyelamat manusia,
Melayari ummah menuju destinasi abadi,
ke Syurga hakiki...

Generasi ini generasi pewaris,
Pemimpin yang terlahir,
Perubah Masyarakat,

Generasi ini harapan kita,
Membawa Islam ke serata dunia!

*****

Baginda S.A.W. sendiri pernah bersabda:

بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء

Maksudnya:

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) , dan ia akan kembali dagang sebagaimana ia datang; maka beruntunglah orang-orang yang dagang."

( H.R. Muslim)

Subhanallah! Adakah kita tergolong dalam golongan ghuraba' itu?

Tepuk dada tanya iman.

Wallahu'alam.

Al-Faqir ilaLlah
[ littleCALIPH di tirai 2008 ]