Sambutan 2 Dekad MATRI kali ini memberi kenangan yang bermakna kepada saya sendiri. Apa tidaknya, di sini hangat ukhuwwah yang terjalin. Sungguh manis silaturrahim itu – hingga kini segar bugar dalam ingatan saya.
Masih lagi saya ingat, seusai menunai solah Dzohor saya bersantai-santai di belakang musolla MATRI. Musolla yang berusia lebih 20 tahun itu. Kemudian saya disapa Thaqif. Saya amat mengagumi beliau. Saya kenali beliau sebagai seorang yang genius daripada Sekolah Menengah Ibnu Khaldun (SMIK). Beliau amat peramah namun cukup bersopan-santun tatkala berbicara. Menuntut dalam jurusan Sains Tulen di SMIK, beliau mengambil 14 subjek untuk SPM. Tidak lama kemudian, datang pula seorang sahabat lagi daripada Sekolah Menengah Agama (Swasta) Kampung Laut (SMASKL). Zubeir namanya. Saya amat menyenanginya. Beliau terkenal dengan sikapnya yang begitu friendly dan selesa didampingi oleh sesiapa pun. Kami bertiga mengambil SPM tahun ini. Kami punya latar nan berbeza namun disatukan atas jalan yang sama. Ikatan nan serupa - Ikatan Imaniyyah.
Masing-masing duduk berbicara tentang cita-cita kami sendiri. Apa yang hendak dilakukan seusai SPM sementara menunggu result SPM. Thaqif menyatakan hajatnya untuk menjadi guru di Sek. Ren. Ibnu Khaldun di Klang. Menjadi guru di Pusat Asrama Penyayang HALUAN Langkawi (APHL) pula harapan Zubeir. Saya pula ingin menjadi guru sementara di MATRI. Mahu berbakti di desa tarbawi ini. Saya tersenyum. Walaupun, kami datang dari latar belakang yang berlainan, namun masing-masing punya aliran cita-cita yang sama – yakni mendidik anak bangsa ummah tercinta. Kenangan bersama bersama sahabat-sahabat saya ini mengingatkan saya tentang perumpamaan Syed Qutb tentang generasi pewaris yakni darah-darah baharu.
"Ya Allah! Kau kekalkanlah ikatan ukhuwwah nan terjalin atas nama cinta kepada-Mu ini."
"Oleh itu dari dahulu hingga sekarang, pemuda adalah tiang-tiang kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda adalah rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya" - as-Syahid Imam Hasan al-Banna


1 Response to Denai Ukhuwwah Terjalin Istimewa
wow..
lawa editnya..
bagus2..
teruskan..
Post a Comment