Tuesday, December 09, 2008
Lembaran baharu
0Tarikh keramat 1 Disember sudah berlalu. Di sebalik angka satu itu, terlindung seribu makna. Ya, 1 Disember ialah tarikh tamat SPM saya. Bagi sesetengah orang tarikh tamatnya SPM ialah tarikh kemerdekaan.
Namun, pada pandangan saya, 1 Disember lambang bermulanya satu lagi lembaran hidup baharu saya. Bertambahlah lagi satu lagi halaman baharu dalam buku riwayat seorang insan bergelar Little Caliph. Saya yakin dan percaya perjalanan hidup ini tidak bernoktah di sini sahaja, dengan izin Allah.
Now, I'm back.
Sudah lama rasanya saya meninggalkan alam blog. Sekarang saya lebih lapang dan bersedia untuk berkecimpung semula di pentas blog.
Nantikan kehadirans semula LittleCaliph. Segar bugar dengan seinfiniti pengalaman dan cerita yang hendak dikongsi. Barakalahu fik. And only then, kismet determines.
InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No Response to "Lembaran baharu"
Post a Comment