Monday, January 12, 2009

Tidak Cukup Sekadar Lilin!

3

Saya menjerit. Kuat. Semakin kuat.
Jeritan itu menabrak hati yang sakit ini. Darah melimpah terbuak-buak.
Saya lahir dengan isu Palestin, membesar juga dengan isu Palestin.
Saya tidak lupa, pertama kali saya berucap di hadapan khalayak, adalah berkenaan isu Palestin. Ketika di Kem Tingkatan Satu MATRI, Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi. Saya berucap dalam bahasa Inggeris. Namun itu dahulu.
Semalam, masih hangat lagi telinga saya mendengar pesan abah.
Abah memetik sabda agung Rasulullah S.A.W. yang menjunjung maksud,
"Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan kaum Muslimin, maka mereka bukan dalam kalangan mereka."
(Auqomaqol Rasulullah S.A.W.)

Saya terpana. Kemudian gundah. Sambil tergaru-garu kepala yang tidak gatal, minda ligat mentafsir. Ratusan juta manusia berstatus Muslim, hanya sekelompok yang peduli Palestina. Lebih teruk, ada yang menyokong Zionis Laknatullah pula. Pelik.

Lantang

Saya teringat pada minggu lepas selepas membentang presentation, penerangan dan latihan dalam kumpulan (LDK) tentang isu Palestin di MATRI.
Sahabat saya, saudara Zulfaqar bangkit.
Beliau lantang berkata, "Isu Palestin ialah isu yang serius". Yakin.
Beliau pun menyuarakan pendapatnya dan menyeru audiens bertindak semaksima mungkin. LDK yang berlangsung di MATRI itu tampak hangat. M
asing-masing membentangkan diskusi dengan penuh kematangan dan bersemangat walaupun perbentangan daripada adik-adik nampak kurang menyerlah.
Kami tutup LDK dengan sebuah lagu Arab tentang al-Quds. Ma'arikaana tajuknya.


Saya yakin, jutaan manusia yang berarak penuh semangat di seluruh jalan di serata dunia senada dengan kami. Kami kutuk kekejaman Zionis Laknatullah.
Yang berdemonstrasi, dengan demonstrasinya.
Yang berboikot, dengan boikotnya.
Masing punya cara menghambat Zionis keluar dari qalbu.
Keluar dari Palestina.

Menangis

"Kita sedekahkan al-Fatihah untuk saudara-saudara kita di Palestina sana," saudara Ali Irfan berbicara. Tenang. Senyum kosong.
Dia kemudian merenung ke kolam anak mata pelajar-pelajar Madrasah at-Toyyibah ad-Deeniah (SAAT), Changloon. Dalam. Dalam. Jari-jemarinya cuba menyentuh hati mereka.
Tiba-tiba, meleleh air mata menderu di pipi suci mereka.
Hati mereka mungkin tersentuh jari saudara Ali.
Sama-sama berkongsi kesedihan.
Mereka bersama-sama kami - merasa berdosa dengan nasib menimpa adik-beradik di Palestina sana.
Hitam gelap kedukaan mewarnai ceramah saudara Ali Irfan kepada mereka.
Mata mereka masih terkebil-kebil cengang melihat bahana yang menimpa warga Palestina.


Kecewa

Hari itu Ryan kecewa. Setiap hari dia bangun pagi, dia dengan penuh pengharapan mengimpikan krisis Gaza berakhir. Dan setiap pagi itulah dia kecewa.
Dia berkongsi perasaan dengan temannya jauh di United Kingdom, Graham Lee. Graham berteriak, "Stop killing sick people in Gaza!".
Graham senada dengan Kate Mortimer, juga warganegara UK. Ujarnya, "As a health care professional, I am sickened by the effect of this on Palestinian people, especially those who are seriously ill and injured, are least able to defend themselves, and who would be no threat to anyone. The UN and UK politicians must put pressure on and intervene to stop this happening". Malah rakannya dari France pun sependapat dengannya. Bastos Nathalie dari France menyatakan, "I'm French and I'm very worried for Palestinian people. Please, help Palestinians to have treatment outside of Gaza. It's URGENT!".
Suara-suara ini ialah suara benar yang masih hidup - dilaungkan daripada ratusan juta insan yang mengutuk kekejamaman Israel di seluruh pelosok bumi.
Merayu warga Palestin diselamatkan.

Namun, mereka ialah kaum kufar.
Saya mengetap bibir, hati mengucup sedih.
Saya menghargai keprihatinan mereka, namun pada masa yang sama, kecewa dengan adik-beradik seakidah dengan warga Palestin. Kita.

Kita yang diam seribu bahasa. Nak kata bisu tidak. Mungkin urat saraf terlalu lesu untuk menggerak bibir berbicara. Benar, hikmah al-Ghazali pernah menyatakan, benda yang paling tajam ialah lidah. Namun, setajam mana pun lidah kita, tidak akan menusuk telinga Zionis yang tuli itu. Pekak dek kejahilan dan maksiat.

Muslim harus bersatu. Aqidah perlu dimurnikan. Aqidah perlu sejahterakan. Kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Itulah perisai kita. Senjata kita dalam Ghazwul Fikri yang menjurus kepada kegilaan Zionis di Palestina dan di mana-mana.

Benar, tulisan ini tidak akan menabrak hati siapa yang tertutup. Tidak akan menggerakkan satu urat saraf sesiapa pun yang awal-awal lagi menutup hati mereka. Air tidak akan mampu terisi di dalam gelas yang ditelangkup. Apatah lagi hati manusia yang tertutup rapat. Tapi ingatlah, diam kita tidak dibalas dengan diam.

Diam di dunia, dibalas jerkahan menggugat sukma di akhirat sana.

3 Response to Tidak Cukup Sekadar Lilin!

2/01/2009 10:09 PM

terus menulis. asah bakat yg ada. biar tajam.

Anonymous
3/01/2009 10:16 PM

salam.

teruskan menulis.
padatkan isi
doakan kamu jadi penulis yg mampu mengubah paradigma.
ameen..

3/18/2009 12:02 PM

Tidak perlu jadi lilin, tidak perlu jadi boneka~