Menyelak dada akhbar, mendengar perkongsian cerita, meneropong realiti, semua menuju kepada satu konklusi konkrit.
Umat manusia sejagat memperhambakan diri sendiri kepada material. Makin lama makin terjunam ke jurang kehancuran. Madah bijaksana Sayyid Qutb dalam Ma'alim fit Tariq menafsir semua, "Mankind today is on the brink of precipice". Manusia hari ini menuju jurang kehancuran.
Tak usah dinafikan lagi, walau kita menutup wajah kita dengan telapak tangan, kelima-lima deria kita sudah arif benar dengan kejahilan yang terpampang jelas.
PENDIDIKAN: KE MANA HALA TUJU KITA?
Hari itu abah berkongsi cerita.
"Cikgu, tak ada waktu lain ke nak bersalin?" herdik seorang waris pelajar.
"Kenapa sekolah ni ramai cikgu mengandung?" seorang waris lagi menambah duka.
"Nu'man tahu tak, setiap hari parents telefon - mahu anak dia masuk kelas pertama. Malah siap senaraikan mana cikgu yang experienced mana yang tak. Malah siap argue dengan pengetua, 'kenapa cikgu yang tak experienced mengajar kelas anak saya?"
Saya terkesima. Istighfar.
"Macam tak percaya," ujar si Pengetua. Beliau terkejut dengan senario masyarakat hari ini.
ASSYABAB WA TAGHYIR
Period seusai SPM banyak membuka mata. Perkelanaan ke sana sini sepanjang dua bulan mengisi 1001 makna ke dalam halaman riwayat hidup saya. Perdampingan saya dengan puluhan tokoh perubahan menyuntik kematangan dan semangat ke dalam jiwa.
Pemuda, berubahlah! Pemudi, reforms!
Saya menyeru di sini, masyarakat dalam kesakitan yang parah!
Luka lama berdarah kembali!
We have to be the ones pioneering to serve the ummah! Nahnu Khadimul Ummah!
Mudah menjadi Qaabilun littaghyir, penerima perubahan. Mudah lagi menjadi sekadar Qaabilun lida'wah. Namun, tuntutannya sekarang, wahai pemuda seangkatan, adalah untuk menjiwai Anasiru littaghyir - Agent of Change!
Tarbiyah fi Aidikum, fi Aidikum Faqod!


2 Response to Syababs, Reform!
subhanallah..indahnya bahasa..semoga sentiasa dalam kondisi keimanan..mengajak manusia untuk berubah adalah proses yg panjang..namun itulah tugas kita..salam perjuangan!
moga kita semua diberi kekuatan untuk terus melaksanakan perubahan..
teruskan berjuang wahai khadimul ummah!
Post a Comment