Saturday, April 11, 2009

Jejak Intelek

0
RISAU

“Isyh, ana risaulah, akhi!” seorang sahabat memuntahkan kerisauannya.

“Kenapa?”

“Risau nak pikir pasal masa hadapan. Nak gi Matrik ke? UPU ke? A-level ke? STPM ke? STAM ke?”, cetusnya meledakkan segala yang terbuntu di fikirannya.

FASA SETERUSNYA

Seperti lepasan SPM yang lain, saya tidak terkecuali daripada dilema ini. Berbekalkan keputusan SPM yang “merely above average”, tidak dinafikan ke mana hala tuju saya selepas ini turut menjadi persoalan yang berputar 360 darjah di dalam minda.

Rungsing, rungsing.

Nak A-level ke International Baccalaureate?

Nak STPM ke STAM?

Nak UPU ke MATRIKULASI?

Nak IPTA ke IPTS?

HiMEGA 2009

“Akhi, anta pergi tak HiMEGA?”

"HiMEGA!??"

Bagi mendapatkan tips dan nasihat daripada insan-insan yang berpengalaman, pada 27, 28 dan 29 Mac lepas saya berpeluang mengikuti sebuah seminar khas untuk lepasan SPM yang dikenali HiMEGA ‘09.

Singkatan kepada Hijrah Menara Gading 2009, seminar ini merupakan seminar inisiatif Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANsiswa).

Sedang bersoal jawab dengan panel forum

Bermula pada tahun 1999 lagi, seminar ini bertujuan memberi pendedahan realiti IPT di dalam dan luar negara serta berkongsi pengalaman dan tips dalam menjejaki ke alam IPT.

Jujur saya nyatakan di sini, saya memperoleh pelbagai tips dan pendedahan yang bermakna sepanjang kursus ini.

Saudara Ali Irfan berkongsi pendapat

"Di IPT nanti, memang lumrah, siswa akan mengalami cultural shock di mana siswa akan didedahkan dengan proses sosialisasi yang melampau. Persoalan sama ada siswa dapat menangkis panahan Jahiliyyah ini mahu atau tidak terletak kepada kemahuan kita," bicara saudara Ali Irfan.

"Kalau benar kita mahu mengelakkan diri kita kepada lembah kehinaan ini, sudah pasti kita sendiri akan cari caranya mengelak perkara-perkara ini. Dan hari ini, pada program ini, kami persembahkan kepada kamu semua caranya - the rest depends on you," sambungnya lagi.

Para peserta HiMEGA'09

WACANA DAKWAH MELALUI BLOG

http://saifulislam.com/?p=5076

Saya amat beruntung kerana berkesempatan mengikuti kuliah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pada wacana Berdakwah Melalui Blog. Kuliah solid dua jam ini saya didedahkan dengan selok belok dunia penulisan melalui blog.

“Berblog kerana terpaksa, terseksa!” beliau menyelitkan penerangan.

“Berblog untuk menerima, terima duit, terima pengunjung, terima manfaat, lebih bagus dan boleh fokus. Tapi ia belum cukup bagus,” beliau menambah lagi.

“Berblog untuk memberi, mencari makna hidup dengan menyumbangkan kebaikan dan nasihat serta panduan… itulah kemuncak kepuasan dalam berblog. Justeru saya pilih tag blog Saifulislam.Com sebagai ERTI HIDUP PADA MEMBERI” beliau menyambung bicara.

“Dengan syarat, memberi itu dengan rasa kasih sayang,” penerangan disudahkan.

Kata-kata beliau amat memberi aspirasi mendalam kepada saya, terutamanya dalam alam penulisan.

Benarlah kata pujangga, jauh perjalanan luas pengalaman.

Benar ... Jaulah kali ini banyak menanam erti dalam hidup saya. Semoga, halaman yang bakal dinukilkan dalam riwayat seorang bergelar LittleCaliph dilimpahi rahmat Allah!

No Response to "Jejak Intelek"