Teruja.
Satu bicara mudah menghurai satu noktah - pemula kepada segala-galanya hidupku.
Maruah
“Isyh, Ummi pi sebut MATRI buat apa!? Buat jatuh maruah saja!” saya membentak bicara Ummiku.
Ummi sebelumnya menjawab soalan seorang penjual yang bertanyakan apakah sekolah yang SAYAakan pergi seusai UPSR. Jawapan MATRI ini mengundang amarah saya lantas diledakkan dengan sergahan.

Saya mengimpikan Kolej Sultan Abdul Halim (KSAH) Alor Setar, namun kedua ibu bapa saya tetap berkeras untuk “membuang” saya ke MATRI. Mana tidaknya, sekolah yang menguar-uarkan “di sini lahirnya pemimpin” adalah sekolah premier yang berprestij. Kolej Sultan Abdul Halim tetap menjadi pilihanku hinggalah ke akhir tahun 2003.
Dua bulan saya bermasam muka sebelum saya ke Bumi Wakafan itu.
Dan akhirnya tibalah juga masa itu.
Januari 2004.
Seorang insan bernama Nu’man Afifi bin Sa’adan menjejak langkah jua ke bumi bernama MATRI.
Hari ini 30 April 2009.
Genaplah 18 tahun saya dilahirkan ke dunia ini.
Hari Lahir saya pertama selaku lepasan MATRI
Dan, benarlah.
MATRI-lah hadiah ibu bapa saya yang paling bermakna.
Tanah Suci
Benar apa yang diungkapkan saudara Hilal Asyraf.
MATRI ini bukanlah tanah suci.
Hatta, kalau MATRI ini hancur sekali pun, yang indah itu bukanlah pada tanahnya atau bangunannya.
Semua harta dunia yang tiada makna di sisi Pencipta.
Tetapi, apa yang agung di MATRI itu adalah kerana Tarbiyahnya.
Tersengam indah bangunannya didiri atas dasar IMAN.
Berderet A keputusan pelajarnya bersulam IMAN.
Silau sinar Trofi natijah kawad, syarahan, hafazan dan segalanya berpancarkan IMAN.
Ya, IMAN. Noktah.
“IMAN itu bukanlah cita-cita mahupun angan-angan. Tetapi, IMAN itu apa yang bersemayam di hati dan dibuktikan dengan AMAL”
Saudara tahu?
Kalau benar, Allah mentakdirkan saya untuk cemerlang akademik semata-mata.
Sudah lama saya akan ke Perak untuk ke MCKK, ataupun ke KSAH, Alor Setar.
Keputusan 5A UPSR saya tidak bermasalah untuk memungkinkan saya ke sana.
Juga, kalau benar Allah mencoretkan untuk saya menjadi jaguhan sukan, pasti Sekolah Sukan Bukit Jalil akan menjadi destinasiku.
Kalau benar Allah menghendakkan saya ke gerbang menuju Timur Tengah, belajar ilmu agama semata-mata. Ma’ahad Muhammadi, Kelantan mahupun Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Selangor sudah pasti menjadi teratak ilmuku.
Tapi saya yakin.
Hakikat saya dihumban ke MATRI, bukan segala-galanya kerana akademiknya, ataupun sukan dan ko-kurikulumnya, mahupun ilmu agamanya cuma.
Tetapi, destini saya di MATRI, kerana tarbiyyahnya yang menjadi sumber kepada segala-galanya.
Akademik? Sukan? Kokurikulum? Ilmu Deen?
Anda namakan segalanya ...
... dengan tarbiyyah di MATRI, saya mampu menggenggam semua.
Bicara bijaksana Mustafa Masyhur,
“Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya mampu dicapai dengan tarbiyyah”.
Saya yakin.
Dilema
“Dilema, dilema, dilema ... DILEMA!” pelajar Sekolah Rendah Ibnu Khaldun (SRIK) mendeklamasi dikir barat.
Malam itu meriah dihiasi senyum tawa penonton yang menghadiri Mahrajan Thaqafi Sekolah Ibnu Khaldun, Jalan Kebun yang keempat.

Apa yang dilemanya?
Dikir barat SRIK itu memukul sikap masyarakat hari ini yang masyarakat sendiri dalam dilema.
Pernah saya menukilkan sikap majoriti masyarakat kita hari ini memburu kecemerlangan akademik hingga menafikan yang lain dalam artikel saya bertajuk “Syababs, Reform!”

Saya berkenal rapat dengan seorang pelajar yang dinafikan haknya untuk bergiat dalam Dakwah dan Tarbiyah oleh ibunya beralaskan sandaran akademik.
Dan hari ini, pelajar itu beralaskan sandaran ibunya untuk meninggalkan Dakwah dan Tarbiyah untuk memburu kecemerlangan akademik. Akhirnya, pelajar itu didapati bercouple dan terjebak dengan cinta dusta. Semuanya bermula dengan Penyakit Hasad Dengki (PhD) dengan Tarbiyah. Akademik ke mana, tarbiyah pun lagilah!
Kenapa?
Asasnya LEMAH!
Selak
Setiap hari saya mengetap bibir. Geram.
Menyelak dada akhbar, mendengar perkongsian cerita, meneropong realiti, semua menuju kepada satu konklusi konkrit.
Umat manusia sejagat memperhambakan diri sendiri kepada material. Makin lama makin terjunam ke jurang kehancuran. Madah bijaksana Sayyid Qutb dalam Ma'alim fit Tariq menafsir semua, "Mankind today is on the brink of precipice". Manusia hari ini menuju jurang kehancuran.
Tak usah dinafikan lagi, walau kita menutup wajah kita dengan telapak tangan, kelima-lima deria kita sudah arif benar dengan kejahilan yang terpampang jelas. Siap ada sixth sense untuk mengetahui tentangnya.
PENDIDIKAN: KE MANA HALA TUJU KITA?
Hari itu abah berkongsi cerita.
"Cikgu, tak ada waktu lain ke nak bersalin?" herdik seorang waris pelajar.
"Kenapa sekolah ni ramai cikgu mengandung?" seorang waris lagi menambah duka.
"Nu'man tahu tak, setiap hari parents telefon - mahu anak dia masuk kelas pertama. Malah siap senaraikan mana cikgu yang experienced, mana yang tak. Malah siap argue dengan pengetua, 'kenapa cikgu yang tak experienced mengajar kelas anak saya!?"
Saya terkesima. Istighfar.
"Macam tak percaya," ujar si Pengetua. Beliau terkejut dengan senario masyarakat hari ini.
ASSYABAB WA TAGHYIR
Period seusai SPM banyak membuka mata. Perkelanaan ke sana sini sepanjang dua bulan mengisi 1001 makna ke dalam halaman riwayat hidup saya. Perdampingan saya dengan puluhan tokoh perubahan menyuntik kematangan dan semangat ke dalam jiwa.
Pemuda, berubahlah! Pemudi, reforms!
Saya menyeru di sini, masyarakat dalam kesakitan yang parah!
Luka lama berdarah kembali!
We have to be the ones pioneering to serve the ummah! Nahnu Khadimul Ummah!
Mudah menjadi Qaabilun littaghyir, (penerima perubahan). Mudah lagi menjadi sekadar Qaabilun lida'wah (Penerima Dakwah). Namun, tuntutannya sekarang, wahai pemuda seangkatan, adalah untuk menjiwai Anasiru littaghyir - Agent of Change!
Tarbiyah fi Aidikum, fi Aidikum Faqod!
LITTLE CALIPH @ little-caliph.blogspot.com
02400 TUNJUNG

1 Response to Jejakku ke Alam ini
salam ziarah,
ana dulu dpt SMSAH (Sek. Men. Sultan Abd Halim)
x tahu pulak dh tukar nama
tp ummi ana sembunyikan surat tawaran n hanya bgtau ana masa ana dh beberapa bulan di MATRI
Alhamdulillah,
dpt berada di MATRI tu satu nikmat,
maka wajib menggunakan nikmat iman n islam utk disampaikan pd semua orang
wallahu'alam
smg terus bertaqwa..
Post a Comment