
"Bla! Bla! Bla!"
Semua membawa haluan masing-masing.
Berderetan kedai-kedai di sebelah kiri kanan saya, seakan-akan tiada penghujungnya!
Di kota Amsterdam ini, saya sebenarnya kagum bahkan "terkesima" dengan satu permandangan yang luar biasa.
50603 Kuala Lumpur
Di kota Amsterdam ini, saya sebenarnya kagum bahkan "terkesima" dengan satu permandangan yang luar biasa.
Di sini, basikal adalah raja!
"Ker-ching, ker-ching!"
Equationnya mudah sahaja di sini;
Amsterdam = Basikal
He he.
Ya, benar.
Anda toleh ke mana sahaja pasti akan melihat penduduk di sini menunggang basikal.
Tidak seperti di Kuala Lumpur yang mana motorsikal adalah raja, basikal menjadi pengangkutan utama di Amsterdam ini.
Hampir setiap penduduk di Amsterdam memiliki sekurang-kurangnya sebuah basikal.
Sebelum ini belum pernah saya dengar akan istilah parking lot untuk basikal.
Di sini, saya dipertemukan dengan parking lot untuk basikal buat pertama kalinya.
Bahkan bertingkat-tingkat!
Rata-rata penunggang basikal hanya meletakkan basikal mereka di tepi jalan.
Ya,tepi jalan!
Of course, dengan sedikit prosedur keselamatan.
KERETA MEWAH
Kita. Orang kita - tidak perlu menipulah,
Saya yakin sebahagian mengidam kereta yang elok. Mewah, kalau lebih tepat.
Kita tidak mahu yang itu, SLK; Small Little Kancil.
Tetapi, lebih gembira dengan Mercedez SLK.
Yalah, pemanduan yang selesa, reka bentuk yang elegan, rata-rata kita pasti tidak menolak kalau berpeluang memilikinya.
Tetapi, kadangkala kita terlanjur agak jauh.
Ada segelintir kita, sanggup berhutang, meski gaji hanya seciput untuk memiliki kereta"besar".
"Biar papa, asal bergaya," kata mereka.
Cuma bila hidup tersangkut dilema hutang yang tak berkesudahan.
Apa lagi erti hidup?
Apatah lagi ruang memberi kian menyempit, sekaligus ruang berbakti.
"Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba" (Surah Al-Baqarah : 275)
LITTLE CALIPH @ little-caliph.blogspot.com


4 Response to Berbasikal di Kota Amsterdam
salam.. nta study mana sekang??
Ana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur
salam ziarah:)
Berapa ramai manusia mahukan kesenangan tetapi bergaul mesra dengan riba sekrang?
Sungguuuuh bijak tak terkata kepala Yahudi itu.
Yang malangnya? umat Islam juga.
SAlam ziarah dari bumi badawi, Mesir.
Post a Comment