
“Islam tak bagi merokok, tapi aku tengok ustaz pun merokok!?” saya mendengar seorang rakan meluahkan rasa hatinya.
“Hisap rokok tak boleh, tapi Malboro boleh!” beliau mengaju kata-kata seorang ustaz tersebut berceramah.
Nampak gaya dari percakapannya, jelas, beliau cukup geram dengan ‘ustaz’ tersebut.
Meluat.
Inilah sikap siswa yang kita kenal. Terkenal dengan semangat dan kelantangan.
Observer dan responsif.
Suara Mahasiswa
Muda daripada akhi Hilal Asyraf yang sudah hampir setahun di alam IPT, apatah lagi Ustaz Hasrizal yang sudah jauh meninggalkan alam degree, saya baru sahaja setapak memasuki ke alam IPT.
Seminggu bergelut dengan Minggu Haluan Siswa selaku penuntut di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Kuala Lumpur sudah melakar beberapa gambaran lebih jelas mengenai realiti mahasiswa kita.
Saya masih ingat ketika zaman di sekolah menengah tak berapa dahulu, sering kali saya menguar-uarkan tentang realiti IPT, namun tak sangka diam-diam saya sudah pun berada di Universiti Malaya.
Memang cepat masa berlalu, kita pun tak sempat hendak mengejar masa.
Berkongsi rumah dengan rakan-rakan program Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ), program Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIS), Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal, seminggu di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Syah ini pun sudah berdepan dengan pelbagai ragam jenis siswa.
Sungguh tak sangka, inilah cultural shock yang dahulu sering saya dengar.
Pergaulan bebas, merokok dan sebagainya betul-betul bermain di hadapan mata saya hari ini.
Masyarakat!
Teropong
“Ana tak risau student-student kita pergi IPT lain, ana risau kalau depa masuk sebuah universiti islam itu ja!” ujar seorang senior.
Bicara beliau, ada benarnya.
Keseorangan saya di sini, meneropong realiti mahasiswa menyuntik azam yang cukup kuat untuk merubah suasana. Keseorangan bukan tembok penghalang dakwah.
Hakikatnya, saya bukannya keseorangan pun. Ramai lagi dai’e se-IPT walau berbeza wadah, namun berkongsi tujuan dan sikap yang sama di sini. Sepatutnya, sinergi boleh dicapai di sini, sama-sama cater dakwah dan tarbiyah kepada kumpulan sasaran yang cukup ramai. Tak menang tangan dibuatnya.
Sebuah Universiti “Islam”
“Nasib baik anta tak masuk universiti Islam ini!” ujar seorang sahabat saya.
“Kalau tidak, anta mesti sakit hati punya!”
“Mana taknya, semua buat hal masing-masing. Diam, dengan diamnya. Hilang, dengan hilangnya!” sambungnya ber’kongsi’ kegeraman.
Yalah, sapa tak sakit hati melihat sahabat-sahabat seperjuangan di alam persekolahan dahulu, tak sampai seminggu di IPT sudah ‘hilang’.
Tenaga yang ramai itu satu kelebihan, sepatutnya.
Tapi kini, makin ramai, makin susah hati.
Sebab, hilang satu persatu. Dibuai arus globalisasi.
Saya kembali menggaru kepala yang tidak gatal. Macam mana nasib ummah nanti?
LITTLE CALIPH @ little-caliph.blogspot.com
50603 Kuala Lumpur


2 Response to Meneropong Mahasiswa di IPT
salam ziarah sahabatku.. dunia ipt adalah medan yang baru berbeza dengan dunia sekolah yang telah kita tempuh dahulu,.....anta doakanlah ana agar kuat bersama sahabat2 lain di uia ni. InsyaAllah... saling menguatkanlah antara satu sama lain
salam'alaik...
moga nta terus istiqamah dalam jalan ini.. jangan biarkan kelemahan dan kekecewaan dari mematahkan semangat nta utk terus menyebarkan ad-deen.
sesuatu yg ana dpt di Jaulah baru2 ini: Islam itu untuk semua, dakwah kita untuk semua.. jgn menyebabkan dakwah ini jadi 'exclusive' untuk orang-orang tertentu sahaja..
sedikit perkongsian..
May Allah bless u..
Post a Comment