Saturday, July 11, 2009

Ijlis Bina Nu'min Sa'ah

2
"Hari ini masyarakat seolah-seolah dimanipulasi sistem," bicara seorang senior.

"Hari-hari ana naik komuter, tengok masyarakat kasihan" sambungnya.

"Banguan awal pagi ... naik komuter diam sahaja. Masing-masing berada di dunia sendiri. Balik petang, naik komuter lagi ... muka letih aja"

"Enta bayangkan, beginilah corak hidup mereka, hari-hari bangun, sarapan, pergi kerja ata sekolah, kemudian balik jumpa anak isteri, rakan taulan akhirnya tidur".

"Esoknya mulalah circle yang sama," sambil menarik muka sedikit kecewa.

"Ada kalanya mereka menghiburkan diri, pergi berlibur, tontot wayang ... bagi mengisi jiwa-jiwa yang kosong"

"namun itulah putaran riwayat mereka", dia terhenti di situ.

Saya anguk mengiyakan sahaja.

Hari-hari sistem memproses mereka menjadi umpama robot.

Tangan-tangan mengatur hidup mereka.

PROSES

Jadi lumrah.
Kilang yang amat teliti dalam prosesnya pasti menghasilkan produk yang berkualiti.
Lihat sahaja komputer atau laptop di hadapan mata kita ini.
Andai ada kecuaian atau sambil lewa dalam proses, saya yakin kita semua tidak dapat menatap post ini.

Benar bukan?

Pembaca yang budiman,
Hari ini kita berada dalam lingkungan masyarakat yang cukup cukup luas.
Networking kita mencapai manusia nun di hujung benua.
Friendster dan facebook memungkinkan jari kita menyentuh peradaban di puncak himalaya.
Blog kita bahkan ditatap penghuni rimba.

Angkasa kita hari ini bebas tanpa sempadan.
Tetapi kita hidup di dunia yang tanpa ruh.

Macam saya sebut tadi ... dunia seolah-olah robot.
Mayat yang berjalan tanpa ruh.

Retro Robot by dronepop.

Maka apa yang boleh menghidup jiwa kita?
Meniup kehidupan kepada hari-hari kita?

Pembaca-pembaca yang budiman,
Ketahuilah,
ia adalah Iman.
Ya, benar - iman.

RED INDIAN


Bayang suatu hari, kita diundang ke jamuan di puncak Menara Kuala Lumpur.

Makanannya lazat dan mengiurkan. Pelbagai dan berharum wangi.

Di saat kita ingin menjamahnya, lumrahnya kita akan terdetik,
"Isyh ... seronoknya kalau anak isteri ada sekali".

Ya, lumrah manusia, kita suka berkongsi perkara yang pada kita cukup berharga.

Pernah suatu ketika, Imam Hassan al-Banna menangis. Orang di sekelilingnya bertanya:

“Sheikh, kenapa kau menangis?”

Dia menjawab, “ Aku teringatkan orang-orang Red Indian di pendalaman. Aku risau mereka akan dipersoalkan di hadapan ALLAH akan sebab mereka tidak mendapat hidayah, dan mereka akan menjawab; Hassan Al-Banna tidak berusaha datang kepada kami menyampaikan kalimahMu”

Lihat ... Pada al-Banna, Iman punya nilai tertanding apa-apa.
Si Imam punya keinginan yang cukup cukup cukup cukup kuat untuk berkongsi sesuatu yang padanya cukup cukup cukup cukup berharga itu.


Bukan setakat itu, malah pada suatu hari, Imam Hassan Al-Banna ada berkata:

“ Kalaulah aku mampu, aku ingin mengetuk perut setiap ibu yang mengandung, untuk menyampaikan kalimah ALLAH kepada bayi yang masih berada di dalam rahim”.

Ketika para salafussoleh dahulu pun begitu.

Pernah suatu ketika seorang sahabat memacakkan pedangnya di pesisir pantai.
Sambil merenung jauh ke lautan luas, beliau menyatakan,
"andai ada pulau berpenghuni di lautan sana, pastu akan aku berkejar ke sana menyampaikan kalimah La ilaha ilallah".

Dan ketahuilah wahai pembaca budiman,
Saya juga tidak kurang begitu.
Saya ingin sangat berinterasi, bersua muka dengan anda.
Mari kita sembang-sembang bicara tentang Iman.

"Ijlis Bina Nu'min Sa'ah"

Itulah kalimat yang pernah diucapkan oleh seorang sahabat benama Muadz bin Jabal yang maksudnya kurang lebih boleh diertikan, ”Mari kita duduk sejenak untuk membina semua iman kita”.
Ini merupakan kalimat seruan yang ditujukan kepada para sahabat- yang lain pada waktu itu, yang boleh jadi waktu-waktu mereka banyak tersisa oleh aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembinaan iman.
Hal ini pun menjadi pertanda bahawa urusan pembinaan iman tidak selalunya indah meskipun hakikat dekatnya mereka dengan Nabi Muhammad SAW .
Oleh kerananya, kita selaku umat Muhammad yang hidup berjarak 14 abad dengan masa hidup baginda SAW, tentunya harus lebih proaktif membina iman kita masing-masing.

Sahutlah sabda baginda, “Perbaruilah iman kalian.” (Diriwayatkan At-Tirmidzi dan Ahmad).

Saya tertarik dengan penafsiran seorang syeikh tentang firman Allah Ta’ala,
“Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya.”
(An-Nisa’: 136).

Syeikh itu mengulas “Kenapa Allah mengarah mereka beriman, padahal mereka sudah beriman? Bahkan, ayat berbunyi, ‘Hai orang-orang beriman, berimanlah.’ Apakan makna iman yang diarah kepada mereka?”

Syeikh itu berkata lagi, “Ayat di atas meminta mereka selalu memperbaharui iman, kerana iman perlu diperbaharui secara rutin.”

Ketahuilah tarbiyyah imaniyyah itu berulang-ulang.

Maka,
Jom ber-"Ijlis Bina Nu'min Sa'ah"-lah kita

2 Response to Ijlis Bina Nu'min Sa'ah

Mak iti
7/14/2009 9:12 AM

T/kasih..tulisan ini mengetuk jiwa dan minda.
Hakikatnya kita hanya mampu mengetuk dan yang memberikan hidayah Allah SWT.

12/23/2009 6:10 PM

perbaharui iman??..

em~
bagaimana tu??

*asif..salam alaik

=)