Thursday, July 09, 2009

Pemuda, oh Pemuda!

1

Menempuh kepemudaan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur

"Saya sebenarnya risau", saya memuntahkan kebimbangan kepada seorang rakan.

"Kenapa?" jawabnya.

"Kasihan melihat masyarakat, sasaran dakwah kita luas. Sayang sekali, bilangan da'ie tak seimbang dengan kapatasi masyarakat".

"Yalah, kaum Kufar bersatu hendak menjatuhkan Islam, kita orang Islam berpecah belah nak tegakkan Islam," dia mengiyakan kerisauan saya.

Saya menghela nafas panjang.
Saat ini, kita sedang berada di fasa masyarakat baharu.

Generasi muda yang saat ini telah membesar, sedang membesar, dan terus akan membesar dalam dimensi yang cukup berbeza.

Generasi iPods, Generasi Cyber ... dan lain-lain label,
tidak cukup untuk mendefinasi golongan manusia yang serba kompleks ini.

Namun, mereka tetap tanggungjawab dakwah kita.
Mereka tetap menanti sentuhan dan belaian Islam daripada kita.
Mereka tetap menunggu kita menjalankan tugas asasi kita sebagai hamba Allah -
menyampaikan risalah Dakwah kepada seluruh makhluk Allah.

KETAM

"Pakcik tu buat kerja sia-sia je," seorang anak lelaki tertanya-tanya.

"Yalah, dari tadi asyik baling ketam ke laut aje, sampai bila nak habis?" getusnya. Mungkin keliru.

Dia tak mahu biarkan monolognya tak terjawab. Terus dia mendekati lelaki tua tersebut.

Lelaki tua itu dari tadi, kerjanya tak sudah-sudah.
Bengkok badan, kutip ketam kemudian campak ke laut.
Lelaki tua, seolah-olah tidak jemu, mengulang-ulang perbuatannya beberapa kali.

Senja pantai itu diwarnai dengan catan oren merah disambut bayu petang.
Suasana damai itu sedikit pun tidak mencubit lelaki tua itu.
Mungkin terlalu asyik dengan tugas "mencampak ketam"nya itu.

Budak yang terkeliru tadi sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal menghampiri lelaki tersebut.
Setelah merenung perbuatan lelaki itu beberapa ketika, budak itu sudah cukup kekuatan untuk bersuara.

"Pakcik, takkanlah pakcik nak campak semua ketam yang terdampar kat pantai ni balik ke laut?
Pantai ni panjang, ada beribu-ribu ketam lagi!" soalnya. Ingin tahu.

"Isyh ... manalah pakcik nak larat. Takat yang pakcik mampu buat ni, kira oklah tu," lembut pakcik itu melayan anak muda itu.

"Habis tu, apa sebenarnya yang pakcik buat ni?" anak muda itu mencipta persoalan.

Lelaki tua itu terdiam.
Kemudian dia berdiri menegakkan batang tubuhnya yang tua itu seraya merenung horizan langit yang berwarna oren merah tadi.
Rambutnya menari-nari ikut melodi bayu petang.

Setelah menghembuskan hela nafas panjang, dia melakar sebuah senyuman di potret wajahnya.

"Bagi kita, beribu-ribu ketam yang terdampar sepanjang pantai ini tiada nilainya. Tapi, bagi seekor ketam yang dicampak kembali ke laut, nilainya cukup besar," dia mengulas seringkas mungkin.

"Kenapa?"

"Kerana bagi ketam itu ia melibatkan soal hidup mati, bukan?"

***

Hal yang sama juga berkait dengan urusan Dakwah dan Tarbiyah.
Mungkin sesetengah kita lebih suka memandang remeh usaha kecil seorang da'ie.
Ataupun hajat kita hendak berdakwah acap kali tersekat kerana lebih memandang dan berminat kepada kerja-kerja grand.
Program-program skala besar.
Publisiti hebat.
Fasiliti first-class.
Sehinggakan, amal-amal kecil kita abaikan.

Senyum dan salam sudah luput dari bibir kita.
Iftar (berbuka) bersama hilang khabarnya.
Ziarah bertegur sapa dilupa.

Saya teringat kata-kata saudara Rosdi Baharom,
"semakin lama kita berehat, semakin kuat Jahiliyyah mencengkam"

Apakah Dakwah sudah luput di jiwa kita?
Apa pula yang mengganti - menghuni jiwa kita?

WACANA REMAJA



Pernah suatu ketika, saya berasa amat gembira.
Mana tidaknya, suatu wacana menghimpun perwakilan remaja berusia semuda 15 tahun telah diadakan di Kolej Pendeta Za'ba, Bangi pada 6 Jun yang lalu.
Mereka bertemu bersama membincang mekanisme menghadapi kumpulan sasaran dakwah yang sebaya mereka.
Siapa yang tidak seronok melihat generasi semuda ini
mula memikirkan tentang solusi kepada krisis ummah.
Jauh mereka datang dari seluruh pelusuk negara melahirkan kepedulian mereka terhadap remaja-remaja sebaya mereka.
Usaha-usaha yang lazimnya didominasi generasi veteran kini dikongsi bersama secara harmoni dengan da'ie-da'ie muda ini.


hadith-ibil100

“Lelaki berkualiti seperti unta hanya satu dalyang mampu menanggung beban yang berat untuk perjalanan yang panjang, kamu sukar untuk menemuinya sebagai satu dalam seratus” [Hadith riwayat al-Bukhari]


Bersama kita doakan generasi-generasi mendatang dapat meneruskan malah melipatgandakan usaha dakwah yang kita rencanakan bersama.

aliimran159.JPG

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

(Ali Imraan 3: 159)

LITTLE CALIPH @ little-caliph.blogspot.com
50603, Kuala Lumpur

1 Response to Pemuda, oh Pemuda!

7/10/2009 12:29 PM

jazakallah atas peringatan ini..
ana terkesan bila membacanya.

meskipun terkadang rasa tugas sbg daei tu terlalu berat, dan sentuhan kita tak mampu menyentuh ramai insan, asalkan kita buat kerja2 ini.. yg penting mencuba..

moga terus istiqamah atas jln ini. may Allah bless