
Seekor burung gagak sedang bertenggek di dahan sebuah pokok.
Nampaknya, ia sedang berehat dan tidak melakukan sebarang kerja.
Kemudian datang seekor arnab kecil. Ia terlihat gagak tersebut, lalu bertanya,
"Hei Gagak, boleh tak aku nak jadi macam kau - duduk sahaja dan tak buat apa-apa?"
Merenung arnab di bawah, si Gagak itu menjawab, "Boleh sahaja, kenapa tidak?"
Lalu, sandarlah si arnab kecil di pohon tersebut. Kemudian, ia berehat dan berehat dan berehat sebagaimana si gagak di puncak pohon tersebut.
Tidak semena-mena, muncul seekor Musang. Ia lompat ke arah arnab tersebut ... dan menerkamnya.
Si Musang kenyang pada hari itu.
Moral kisah: Untuk duduk sahaja dan senang berehat; kita kena duduk di posisi yang tertinggi.
REHAT
Kalau dahulu, setengah abada dahulu, sesiapa yang menguasai pengangkutan - maka dia berkuasa.
Lihat sahaja bagaimana empayar-empayar dahulu berlumba-lumba mengejar penguasaan pengangkutan.
Kemunculan kereta api, terciptanya kapal wap melahirkan Empayar British untuk memerintah suku dunia.
Namun kini, zaman beredar di dimenasi baharu.
Hari ini semuanya berkenaan Informasi.
Anda punya lebih info, pasti anda akan lebih menonjol.
Hari ini, kita berada di era ledakan inovasi.
Hari ini kita mendepani generasi teknologi.
iPods, PS3, Nintendo Wii, Robot Asimo - ikon zaman ini.
Taraf hidup kita meningkat dengan dramatiknya.
Ramai yang hidup senang dengan pendapatan hasil rumah yang tinggi dan teknologi yang serba pelbagai.
Belum pernah dalam sejarah manusia banyak orang yang hidupnya lebih baik dalam kadar masa yang cukup singkat.
Namun, memetik sebuah buku karangan Robin Blade dan Micheal Parkin, Foundation of Economics, "Tetapi, bukan semua orang berkongsi pertambahan pendapatan dunia ini. Sesetengah tempat mundur disebabkan pimpinannya. Bahkan di Amerika Syarikat sekalipun, walaupun salah satu negara terkaya, semakin ramai yang hilang pekerjaan - hilang di sebalik perlumbaan mengejar globalisasi".
Ya, kesenangan kita hari ini menyebabkan kita lebih selesa berada di bawah.
Lebih berminat berehat dan bergoyang kaki tidak melakukan apa-apa.
Kita lebih suka berada dalam dunia sendiri - tanpa perlu risau dan ambil berat dengan apa-apa.
Maka tunggulah musang datang menerpa ...
AYAM BELANDA

Seekor ayam belanda sedang rancak berbicara dengan seekor kerbau.
"Isyh, aku hajat sangatlah nak duduk di atas puncak pokok itu", keluh si ayam.
"Tapi, aku tak cukup tenaga," sambungnya lagi.
"Hurm ... ambillah tahi saya itu, ia padat dengan tenaga," ujar di kerbau meluahkan pandangan.
Si ayam belanda pun mengambil tahi dan akhirnya ia memberinya cukup tenaga untuk mencapai dahan pertama pokok tersebut.
Esoknya, dengan mengambil lebih banyak tahi, dia mencapai dahan yang kedua.
Akhirnya selepas dua minggu, dengan bangganya di ayam belanda dapat capai ke puncak pokok tersebut.
Tidak lama kemudian, seorang peladang ternampak ayam belanda itu ... dan menembaknya jatuh dari pokok itu.
Moral kisah: tahi mungkin boleh membawa kita ke puncak, tetapi ia tidak akan mengekalkan kita di sana.
SHORTCUT
Semua tahu, tahun 2009 menyaksikan pengucupan ekonomi yang amat signifikan.
Tetapi, lebih ramai merasainya sendiri terutamanya di negara Uncle Sam.
Baru-baru ini, telah tumpas skim cepat kaya terbesar di dunia.
Manusia lebih suka memilih jalan pintas ke puncak, namun mereka tidak akan selamanya di sana.
Kita adalah saksi kepada jutaan penagih dadah di negara kita - mengambil dadah sebagai jalan mudah menghadapi tekanan.
Kita sendiri melihat bagaimana ribuan mangsa dan jutaan ringgit terbuang - kerana jalan mudah menemui kekayaan.
Kita juga sudah jelek mendengar ribuan mangsa dan jutaan muka-muka hodoh, badan-badan yang rosak - lantaran jalan mudah menjadi cantik.
Maka tunggulah kita apabila mereka di puncak kekayaan, ketenangan dan kejelitaan mereka.
Sebelum ditembak seorang peladang!
LITTLE CALIPH @ little-caliph.blogspot.com
50603 Kuala Lumpur


No Response to "Selamatkan diri kamu!"
Post a Comment