------
Kata orang, "a picture tells a thousand stories".
Gambar-gambar di post kali ini punya kisahnya yang tersendiri.
"Abang, macammana nak handle sahabat-sahabat yang suka lawan kita?", soal seorang adik - ingin tahu.
"Abang, nak buat dakwah ini payahlah!", keluh seorang lagi adik.
"Abang ... " sahut yang lain.
Saya tersenyum kegembiraan.
Kenapa?
Seusai saya menempuh peperiksaan SPM tahun lepas, saya memilih untuk terus berada di sekolah lama saya, MATRI.
Berkhidmat sebagai guru sementara dan melibatkan diri dengan Kursus Intensif Bahasa Arab, Dakwah dan Kepimpinan (KIBAR) di MATRI, membuka ruang luas kepada saya untuk berinteraksi dengan adik-adik di MATRI.
Dan tahun 2009 inilah menemukan saya dengan generasi tingkatan satu yang amat saya kagumi.
Adik-adik tingkatan satu MATRI tahun ini merupakan generasi ke-19 MATRI.
Setakat ini mereka memegang rekod kelas terbanyak dalam satu-satu tingkatan sepanjang sejarah MATRI (enam kelas putera dan puteri), sekaligus rekod pelajar paling ramai dalam satu angkatan (dalam 200 pelajar).
Tetapi, bukan fakta-fakta itu yang mengagumi saya.
Ada sudut yang lain, sebenarnya.
Seperti anda yang pernah menempuh lima tahun pengajian di sekolah menengah, saban tahun kita akan menyambut generasi adik tingkatan satu yang baru.
Hari pertama setiap tahun diwarnai dengan suasana penuh debaran yet typical.
Ada adik-adik yang menjinjing beg dengan senyum bangga sebab berpeluang memasuki ke alam sekolah menengah.
Mereka megah dengan uniform sekolah baharu, dikongsi dengan rasa bangga ibu bapa yang mengiringi mereka.
Tidak kurang juga sebahagian yang lain menempuh hari pertama dengan air mata.
Tidak biasa dengan kehidupan berasrama atau mungkin gementar menempuh alam baharu.
Setiap orang dalam kalangan kita punya kenangan dan pengalaman yang tersendiri.
Mungkin manis, mungkin pahit.
Ya, kita semua menempuh saat-saat itu.
Apa yang saya maksudkan dengan frasa "kelainan" untuk adik-adik tingkatan satu ini adalah ada segelintir dari mereka yang luar biasa.
Tidak terkesan dengan sikap nakal yang lazimnya dinisbahkan kepada freshies atau newbie ini, mereka sebaliknya lebih cakna dengan apa yang berlaku dalam kalangan mereka.
Pendek kata, mereka peduli masa hadapan mereka dan sahabat-sahabat mereka.
Sebulan yang pertama pun mereka sudah membentuk dakwah commitee untuk menangani isu-isu berkaitan pelajar-pelajar seangkatan mereka.
Saban minggu, mereka bertemu dan bermesyuarat.
"Kita mula meeting kita dengan ummul kitab, al-Fatihah ... ", begitulah gamaknya permulaan mesyuarat mereka.
Adakalanya mereka anjurkan iftar jama'ie dan mabit (qiyamulail).
Seringkali mereka menjemput abang-abang senior dan ustaz-ustaz untuk memberi tazkirah kepada mereka.
Agak mengujakan saya yang faktanya mereka baru sahaja menempuh alam sekolah menengah!
Mungkin, sesetengah dalam kalangan kalian berfikir, "Ala...biasalah tu".
atau pun, "Ala ... itu pun nak kecoh".
Hehe.
Bagi saya, saya tidak kisah.
Setelah lebih 10 tahun berhadapan dengan pelbagai jenis remaja - ada yang dengan rempitnya, ada yang dengan couplenya - berinteraksi dengan generasi-generasi muda yang proaktif sebegini suka saya uar-uarkan kepada sesiapa pun.
Hal ini kerana, fenomena ini mencerminkan betapa besarnya harapan saya - harapan ummah.
Cukuplah khabar berita remaja-remaja kita yang memualkan hampir setiap hari, berhadapan dengan adik-adik ini umpama escapism bagi saya.
Hikmah Ibn Khadun pernah menukilkan dalam kitab beliau Muqadimmah,
"Barangsiapa yang hendak melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah remajanya hari ini".
Dan hari ini saya yakin, di sebalik bermaharajalelanya remaja-remaja kita yang terbunuh akhlaknya, masih ada tunas-tunas baharu yang subur disemai di pinggiran hutan yang entah sesetengah kita tidak ambil kisah pun.
Mereka inilah harapan kita.
Merekalah penyambung rantaian kerja-kerja Dakwah yang kita usahakan.
Mereka menghampiri golongan yang diisyaratkan oleh baginda Rasulullah S.A.W.,
"Allah kagum dengan pemuda yang tidak terkesan dengan zaman kanak-kanaknya"
(hadith riwayat Imam Ahmad dan Abu Ya'la)
Mereka inilah syabab-syabab tetap semangat menadah hikmah para ulama' bak kata Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi,
حكمة الشيوخ في حماسة الشباب
“Hikmah orang tua perlu berada dalam semangat orang muda”
Marilah kita doakan mereka tetap terus tegar dalam meneruskan kesinambungan kerja-kerja Dakwah kita.
Moga Allah mempermudahkan segala urusan mereka.





8 Response to Saya kagumi mereka ...
salam
maaf, sekadar bertanya
"hikmah org tu perlu berada dlm jiwa org muda"
ni kata2 sape sebenarnya ye?
hilal asyraf kate dlm webnya, ni kata2 umar tilmisani
nta bgtau ni kata-kata dr yusof alqordhawi
mane satu betul ni?
atau kedua2nya betul?
mohon penjelasan daripada diri yg cetek ilmunya ni
tumbang banga..wajah2 dalam gambar2 tu majoritinya bekas anak murid..huhu.. tak sangka mereka sehebar tu.. alhamdulillah..
macam impian umar..nak kumpul pemuda2 seperti talhah, Abu Ubaidah dll...coz dia nampak kelebihan pemuda yg mampu merubah dunia
sgt cute melihatkan anak2 muda ni berkobar2 jiwa mereka membincangkan soal dakwah dan tarbiyah..Alhamdulillah moga mereka thabat di jalan Allah ni
ana tak pernah merasai culture shock selepas keluar dari sekolah menengah walaupun digembar gemburkan oleh abang2 senior sewaktu bersekolah di johor dahulu.. tapi saya berani bersumpah! saya rasai culture shock diMATRI, tapi dalam culture shock yang sungguh berbeza. sampai ana berani berkata "tidak ada yang menjadi kebanggaanku melaikan aku mengenali MATRI"...dulu masa ana khassah, ana amat kagum dengan pelajar2 matri sekitar f2 ke atas, tapi sebelum ana ke mesir.. ana jadi tertarik dengan pelajar tingkatan satu yang menegur ana : "anta dah tak boleh jadi soleh saja! anta kena jadi musleh!".... siapa yang dapat tandingi fikrah sedemikian?????!!!
salam...
minta izin post di facebook ya..!
menarik dan boelh dijadikan tauladan semua..(^-^)
askm..akhi nukman...semua ni HASIL usaha abg nukman jgk..abg nukman pemula..n KAMI penggerak..thanx for everything..doa supaya KAMI dpat terus kn lagi keja2 sperti ini...INSYALLAH...BIIZANILAH...AMIN..
n..skali lg...THANX for eveythings!
Post a Comment